Adakah pusat jagaan ini mengambil anak yatim sahaja?
Tidak. Kami menilai dan membuat pengambilan atas pelbagai faktor, tetapi anak yatim piatu iaitu kanak-kanak yang tidak mempunyai kedua ibu dan bapa diberi keutamaan.
Antara faktor yang diberi keutamaan adalah tahab kemiskinan, penjagaan dan keselamatan. Jika seseorang kanak-kanak itu menghadapi satu atau lebih dari tiga faktor tersebut, maka pihak pentadbiran akan memutuskan pengambilan kanak-kanak tersebut ke bawah jagaan kami.