Hidup Sihat, Minda Cerdas
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. hai semua.. hujung-hujung minggu ini, ke mana rancangan untuk dilewati tu ?
Kali ini, admin nak update anak-anak Nurul Iman yang berjaya merangkul tempat dala Kejohanan Sukan Sekolah masing-masing.
Boleh tahan juga anak-anak Nurul Iman ni bersukan tau.. Baru-baru ini admin pos mengenai Kejohanan Kids Athletic kan. Kini giliran anak-anak serlahkan lagi bakat mereka yang terpendam. Biarpun jumlahnya sedikit, namun mampun merangsang yang lain. sebab nak masuk dalam blog jugak.. kih kih kih.
Baiklah, kita teruskan dengan sedikit info kesihatan
BERSUKAN adalah aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam juga menggalakkan umatnya menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat.
Tidak hairanlah apabila pepatah Melayu ada menyebut bahawa minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.
Baiklah kita mulakan dengan adik Nur Masyira Aimy Natasya Binti Abdullah yang berjaya merangkul pingat Johan bagi kumpulan B bagi acara 4×100 meter perempuan. Tahniah adik Masyirah.. Moh tengok gambar adik Masyirah.
Seterusnya adik kita yang bernama Nur Nasheera Adriana Binti Mohd Nazeri.. wahh adik ni hebat tau.. walaupun kita nampak macam berat je kan.. sebenarnya.. dia la yang paling aktif.. jom tengok gambar dia.
Baiklah yang terakhir ialah adik Juamri Bin Abdullah. tak apa dapat tempat kedua pun.. laju jugak tu.. mungkin kaki break tiba-tiba kot kan.tak pe.. janji semua nya dah berjalan dengan lancar dan masing-masing dapat tempat nya kan.. alhamdulillah..
Alhamdulillah.. selesai mengemaskini aktiviti anak-anak yang terbaru.. jumpa di lain masa pula.. terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca tulisan alam maya admin yang tak seberapa ini. jumpa lagi .
Sekian Terima Kasih.
BERSAMA BERAMAL
LAMANWEB RASMI AKAUN SUMBANGAN HUBUNGI KAMI
Leave a Reply