PROGRAM BERSAMA OPEN UNIVERSITY MALAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca berita Rumah Nurul Iman. Minggu ini program khidmat masyarakat dari pelajar-pelajar OUM Ipoh. Seramai 10 orang pelajar yang hadir bersama keluarga mereka. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama-sama anak-anak di Rumah Nurul Iman antaranya yang paling popular dalam kalangan anak-anak “music chair”, rata-rata pelajar universiti memang gemar bermain “music chair” dengan anak-anak di sini. Selain itu, menanam pokok bunga walaupun pokok bunga sudah siap ditanam 😛 cuma anak-anak gemburkan saja tanahnya. Lain-lain seperti span dan botol, ayam dan musang, teka-teki dan cari gula dalam tepung.
Alhamdulillah, anak-anak seronok dengan kehadiran kakak-kakak dan abang-abang yang hadir. Sesi fotografi tak boleh ditinggalkan, kerana setiap gambar ada kenangan dan cerita yang tersendiri. kadang-kadang boleh buat kita tersenyum seorang diri. 🙂
Alhamdulillah, selesai program untuk minggu ini bersama pelajar-pelajar OUM yang hadir seramai 10 orang. Semoga kita berjumpa di lain masa. Semoga abang-abang dan kakak-kakak tidak lupakan kami di sini. Selalulah datang menjenguk anak-anak walaupun sekejap agar tidak terputusnya ikatan silaturahim kita.
SEKIAN TERIMA KASIH
“Bersama Beramal”
Leave a Reply