Suku ! Suku ! Separuh !!! 3S
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca berita Rumah Nurul Iman. Lama sudah admin tidak bersiarankan. ;D
Ha! Sudah baca tajuk diataskan, agak-agak apa ye suku suku separuh tu?? Pernah tak kita telitikan pinggan makanan kita tu? biasanya portion nasi awak semua lagi sikit dari sayur-sayuran dan protein ke, atau nasi yang lebih banyak dari sayur-sayuran dan protein??
Siapa dekat sini amalkan 3S? eh ! 3s tu apa pulak ye?
3S adalah singkatan kepada suku-suku separuh. 3S galkkan pembahagian makanan dalam pinggan kepada suku PROTEIN, suku KARBOHIDRAT KOMPLEKS serta separuh BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN. Tapi kita dekat sini jarang sekali dengar tentang 3S ni kan.. kalau ada pun viral dia sekejap je di kalangan pengamal diet. Lepas tu diet tu akan tukar kepada esok esok esok dan esok lagi. Maka tak tercapai juga impian nak kurus tahun ini kan. hihihi 😛
Menurut Laporan Menangani OBESITI di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti dekat Malaysia ni adalah 13.3%, tertinggi kat Asia Tenggara tau! Malah, 11.5% kanak-kanak obes berusia 6 bulan hingga 12 tahun ada di Malaysia, top 3 di Asia!!! Alamakkkk !!!
Sebab itu lah Ayam Brand cuba mengatasi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia ni, dengan menerapkan konsep Pinggan Sihat 3S. Rumah Nurul Iman adalah salah satu rumah yang terlibat dalam menjalankan aktiviti tersebut. Terdapat 4 orang bakal chef yang kami hantar untuk menyertai aktiviti 3S ini. Jom kita lihat gambar-gambar di bawah.
Terdapat 7 pasukan yang hadir aktiviti 3S ini tau, nak tahu siapa pemenangnya? jeng jeng jeng…
Sudah tentu la Rumah Nurul Iman menjadi pemenang untuk Program 3S pada Tahun 2019 ini. Hebatkan anak-anak Nurul Iman.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya, pihak Ayam Brand memanggil lagi Rumah Nurul Iman untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak di Rumah Nurul Iman ini. Jutaan terima kasih kepada pihak Ayam Brand yang tidak putus berkongsi rezeki setiap tahun. Semoga makin maju perniagaan syarikat Ayam Brand. Sekarang dah keluarkan produk santan pulak kan. Semoga terus berjaya dan boleh membantu ramai lagi golongan yang memerlukan.
Okay lah. setakat ini sahaja berita pada hari ini. Kita jumpa di lain masa ye. bye bye.. Assalamualaikum.
Sekian, Terima Kasih
Bersama Beramal
LAMANWEB RASMI AKAUN SUMBANGAN HUBUNGI KAMI
Leave a Reply