Road To Teluk Batik :D
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia berita Rumah Nurul Iman. Hari ini admin nak bercerita perjalanan percutian anak-anak Rumah Nurul Iman ke Teluk Batik. Tahun ini lewat bawa anak-anak yang tiada waris pergi bercuti sebab bajet untuk bawa bercuti tu kurang sikit, tapi bila akhir-akhir Disember ni alhamdulillah rezeki anak-anak. Jom kita mula dengan hari pertama anak-anak di sana. Tempat penginapan kami kali ini ialah Pak Man Chalet, Teluk Batik Perak.
Percutian anak-anak kali ini selama 3 hari 2 malam, pergi bercuti pun dah akhir-akhir cuti sekolah, yelah lambat sikit bajetnya nak masuk..tapi tetap ada rezeki anak-anak ni berjalan..
Terpancar wajah kegirangan anak-anak kami walaupun hanya bermalam dua hari. Setiap senyuman yang dizahirkan dapat mengubat letih para kakitangan Rumah Nurul Iman. 🙂 Sebelum naik van, memang wajib ambil gambar dulu sebab setiap gambar pasti ada cerita yang tak perlu diceritakan. 😛 Perjalanan mengambil masa dalam 2jam setengah jee.. Dalam perjalanan ke Teluk Batik, agak-agak la kan, anak-anak ni tidur ke terlebih teruja nak sampai sana??? Jawab dalam hati je la yek 😛
Sementara menunggu daftar masuk chalet, seperti biasa bergambar la apa-apa pun kan.. kalau tak bergambar, rugi lah kan. moh kita tengok gambo-gambo hari pertama anak-anak di Teluk Batik… Tapi album Rumah Nurul Iman masih dalam pembikinan lagi, nanti boleh cari dekat laman web rasmi ye..:)
Hari pertama anak-anak di Teluk Batik, ada yang berebut tempat tidur, ada yang tak sabar nak mandi laut, ada yang makan selera lain macam dan pelbagai karenah anak-anak di sana. Walaupun masa nya kejap sahaja, namun tetap bermakna bagi anak-anak di Rumah Nurul Iman. 😀
Apabila berada di pantai, mesti akan dikaitkan dengan istana pasir kan.. siapa je yang tak pernah buat istana pasir kalau pergi pantai kan, tak lekang juga impian buat istana pasir antara anak-anak di sini. Yang tukang tangkap gambar pun ramai juga. Yang kambus badan dengan pasir pun ada. Biasa la kan, bila lagi nak main benda yang bukan-bukan, nanti dah balik asrama kena jaga perbuatan dah kan. kih kih kih 😛 Selain dari Teluk Batik anak-anak Rumah Nurul Iman sempat melencong ke Marina Island. CANTIKKKKK 😀
Gambar baliknya tak banyak, mungkin terlupa nak tangkap sebab terlalu letih. Adalah 3 keping je..hihihi 😛 In Shaa Allah.. Semoga kita jumpa lagi di lain topik ye. Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang terus menerus membantu kami di Rumah Nurul Iman, semoga Allah memberkati dan merahmati anda semua.
Sekian. Terima Kasih
Bersama Beramal
LamanWeb Rasmi Akaun Sumbangan Hubungi Kami
Leave a Reply