Tutup Sementara Untuk Tetamu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada pembaca berita Rumah Nurul Iman. Hari ini admin nak jelaskan sedikit kekeliruan yang terjadi sekarang ini. Ramai yang mengganggap bahawa kami telah tutup sepenuhnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Dalam tempoh PKP ini kami masih beroperasi dan anak-anak masih berada di pusat jagaan kami, namun begitu kami tutup sementara untuk tetamu yang hadir bagi tujuan berbuka puasa bersama anak-anak mahupun program khidmat masyarakat.
Bagi tetamu yang ingin sampaikan sumbangan, tiada masalah untuk hadir ke pusat jagaan kami. Kami masih lagi beroperasi seperti biasa. Tetapi tetamu tidaklah dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak yang berada di pusat jagaan kami ekoran wabak ini masih belum pulih sepenuhnya.
Para tetamu yang hadir boleh berurusan dengan kakitangan kami yang bertugas di pusat jagaan kami. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami di talian tetap 05 526 0071 atau whatsapp kami di nombor 016 546 0071.
Bagi mengelak jangkitan wabak ini, kami terpaksa melakukan sedemikian rupa. Kepada tetamu yang hadir kami mengharap agar anda tidak berasa kecil hati. Tetap patuh dengan PKP agar kita semua menang menangani wabak Covid 19 ini.
#stayathome
SEKIAN. TERIMA KASIH
Bersama Beramal
Leave a Reply