+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Kejohanan Kids Athletics 2019

Kejohanan Kids Athletics 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog rumah nurul iman sekalian. 😊

Baru-baru ini anak-anak rumah nurul iman telah menyertai Kejohanan Kids Athletics 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Penaung ialah Dato Seri Tengku Yong Sofea.

 

Kejohanan ini adalah satu aktiviti yang dapat mengeratkan silaturahim antara rumah kebajikan di Negeri Perak.

 

Kita teruskan dengan gambar anak-anak yang lucu dan menarik semasa menyertai kejohanan tersebut.

 

Eh eh. Adik sheera buat apa tuh? Kaki kejang ye..

Dalam kepenatan anak-anak rumah nurul iman, masih mampu tersenyum tanpa sebarang rungutan. Okay. Kita teruskan gambar yang seterusnya ye.

Buat regangan adalah sangat penting sebelum kita melakukan apa jua jenis sukan

 

Sukan sangat penting untuk kehidupan sehari kita agar kita sentiasa hidup dalam keadaan yang lebih sihat ye awak semua. Gambar seterusnya di bawah ye semua.

Aktiviti membaling bola ke belakang. Tengok adik marisya kita tu. Semangat.

Tapi disebaliknya,bola tu jatuh ke depan. Alasan adik marisya adalah dekat sekolah cikgu belum ajar baling bola ke belakang 😂

 

Adik sheera boleh.

Adik sheera kita memang semangat bab-bab menyihatkan badan ni. Hihi. Walaupun badanya sedikit berisi tetapi aktif tau dalam sukan ni. Jangan pandang rendah pada orang yang badan berisi ye. 😛

 

Aktiviti ini dikenali sebagai ” CROSS HOPE”

Nampak memang senang tapi sebenarnya agak mengelirukan aktiviti ini sebab dia menguji kepekaan anak-anak yang melakukan aktiviti ini. Caranya hanya lompat dari nombor kosong ke nombor 1234. Lihat gambar seterusnya . 😀

 

selebihnya semua acara lari berpagar dan lari berkumpulan.

Tunggu post seterusnya ye.

 

Bersama Beramal

 

LAMANWEB RASMI                                     AKAUN SUMBANGAN                               HUBUNGI KAMI

 

 

 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of