+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Berkampung Di Hulu Chepor 3H2M

Berkampung Di Hulu Chepor 3H2M

Setiap kali cuti penggal pertama mesti kita terfikir-fikir di mana kita nak bawa anak-anak pergi bercuti kan.. Begitu juga kami, takkan anak-anak nak duduk dalam asrama je seminggu kan.. Jadi untuk tahun ini kami bawa anak-anak bermain dengan air sungai yang dingin dan melihat kehijauan yang sangat menyenagkan jiwa. Tempat yang paling terkenal di Ipoh,mana lagi kalau bukan dekan Chepor kome.. hihi.. 😀

3 hari 2 malam anak-anak dan staf berkampung di sana. Selain mandi manda, anak-anak juga dipenuhi aktiviti di malam hari.. Hari pertama, sesi untuk mengajar anak-anak Nurul Iman cara-cara mempertahankan diri apabila menghadapi situasi cemas seperti diculik ataupun diganggu oleh orang yang tak dikenali.

Untuk anak-anak perempuan sangat-sangat digalakkan untuk praktisnya. sekarang ni, dunia bukan lagi macam zaman dahulu.. Semua benda selamat. Sekarang ni, sekelip mata boleh berubah. Semoga kita dijauhkan perkara yang tidak diingini berlaku. Okay habis dah celoteh admin, jom tengok gambar anak-anak Nurul Iman di bawah ye .. scroll sampai habis .. 😀

 

Bila tak pernah jumpa air sungai macam la jadinya. Terkesima sebentar 😛

Rupa tak sama apatah lagi masa silam anak-anak di Rumah Nurul Iman ini, tapi disebabkan makan pun seperiuk,minum pun sebekas maka ia akan jadi senang untuk bertoleransi antara satu sama lain walaupun kadang-kadang ada yang bercakar macam anjing dan kucing 😀

Jadi bunga seperti mawar yang sentiasa melukakan jari penjahat

Dalam dunia yang penuh cabaran teknologi sekarang ini sangat takut menjaga anak perempuan kerana perempuan itu mudah terpengaruh berbanding lelaki. Semoga anak-anak perempuan Rumah Nurul Iman sentiasa dilindungi dari makhluk yang jahat dan membinasakan.

Adik Akeef sejuk sangat ke tu? Baru 20 minit turun dalam air 😛

Air sungai ni memang sangat seronok berbanding dengan air laut. Tapi kenapa ye, bila kita mandi sungai tak ada pula sunburn,bila mandi laut kulit akan jadi gelap dan terbakar? Mungkin sebab kualiti air itu sendiri yang bertindak balas dengan cahaya matahari kan. 😀

Adik Iskandar kita jadi pengadil permainan dalam air ke tu ? 😛

Anak-anak lelaki ini baik-baik belaka, dengar kata tapi bila datang waktu hilang memori dalam kepala tu boleh buat kita naik darah tinggi tau, silap-silap boleh jalan dulu. hihihi. Putera Nurul Iman ni memang seronok habis la kan, sebab boleh terjun ala-ala penerjun negara gitu. Terjun tu terjun juga, adik-adik yang lain itu jangan lupa jaga walau di mana kita berada tau abang-abang Nurul Iman. 😀

Percikan air yang menarik

Hitam atau putih bukan ukuran untuk kita memilih kawan yang penting keikhlasan hati dalam berkawan. Zaman sekarang ni tak boleh percaya sangat dengan kawan-kawan ni. Kadang-kadang kawan baik pun boleh tikam dari belakang tau. Bahaya awak semua oi. Jadi berhati-hati memilih kawan-kawan ye. Semoga Putera dan Puteri Nurul Iman tidak mempunyai perasaan hasad dengki sesama sendiri ye.

Besar vs Kecil. Siapa menang?

 Aduh aduh aduh, main baling-baling air ni memang menjadi kegemaran sesiapapun kan. Kadang-kadang sampai boleh menangis yang kakak-kakak ni menyakat adik-adik. Mana tak nya, air sungai kan sejuk, bila dicuak-cuakkan boleh naik hantu adik-adik Nurul Iman. hihihi

Benda apa yang jatuh dalam air tu ?

Seronok ye sambil mandi sambil melompat sambil beramah mesra dengan pengunjung yang lain. Bagus betul adik-adik kita ni, kenal ke tak kenal ke buat-buat macam dah kenal 30 tahun. hihihi.

 

chalet rambutan dan durian

Cantikkan tempat penginapan dekat Chepor ni. sangat-sangat dicadangkan mana-mana yang mencari tempat yang bajet dan seronok boleh bawa ke sini lah. Semalam RM80 tak ada penghawa dingin. Kalau yang ada penghawa dingin RM120 semalam. jadi boleh la survey dekat sini yang nak bawa cuti akan datang ni kan. tak perlu tunggu cuti pun tak apa jugak kan, hujung minggu pun boleh pergi . 😀

 

Baiklah awak semua, saya undur diri dulu ye. sekejap lagi saya sambung topik yang baru dengan upload lebih banyak gambar Putera Puteri Nurul Iman.

 

Sekian, Terima Kasih sudi membaca blog kami.

 

Bersama Beramal

 

LAMANWEB RASMI                             AKAUN SUMBANGAN                                   HUBUNGI KAMI

 

 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of