Raja Buah
Hai Hai Hai, Assalamualaikum semua. Ape kabo? Semoga baik-baik sahaja hendaknya ye. Sekarangkan musim buah, ce kome kongsi dengan admin, buah apa yang kome paling gemo? Kalau admin. admin memang gemo dengan buah derian tau, nak lagi yang lemak-lemak tu, pergh sedap hingga menjilat jari tau.
Kalau mengkome semua nak tahu, buah derian bukan saja sedap berlemak je, khasiat dia pun banyak tau, rugi la mana yang tak gemo buah derian ni. Admin kongsikan serba sedikit khasiat buah derian ye. Antaranya mengubati insomnia, menguatkan tulang dan gigi, mengawal keseimbangan gula dalam darah, merawat tekanan, merawat anemia, mencerahkan kulit, mencegah dan menghilangkan jerawat, dan memudahkan bintik hitam. Admin dapat info buah derian dekat suria fm boleh rujuk di sini ye.
Sebanyak 300 biji buah derian kome, ha.. sampai muntah ada sampai buang air beso pon ada. Sekali sekala bagi anak-anak puas makan buah derian. Mahal tau buah derian sekarang ni sekilo boleh sampai harga rm30 tau. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang sentiasa sokong kami di Rumah Nurul Iman, tanpa anda belum tentu anak-anak dapat merasa buah derian walaupun sudah minta berkali-kali. 😀
Alhamdulillah, rezeki anak-anak di Rumah Nurul Iman. Okaylah, kita jumpa lain kali ye. Admin nak sambung makan buah derian lagi ni. Tak puas tau kalau makan sebiji je. hiihih 😛
Sekian. Terima Kasih
Bersama Beramal
Leave a Reply